:.salamesrabadie selamanya.:

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...

Alhamdulillah... sabtu yang lalu bersamaan 27hb Jun 2009 berlangsungnya Majlis Kesyukuran & Aqikah anak ke-2 ku Irfansyah Bin Zulkifli.

majlis ni diadakan pada hari ke-23 usia irfansyah. hanya seekor kambing aje dulu di aqikahkan untuk majlis ni. yang lagi seekor tu insyaallah lain kali bila ada rezeki nanti. yerla kan utk anak lelaki kena aqikah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. memandangkan kambing skang harganya pun bole tahan jgk kan, so mampu buat satu je dulu.

bila tgk gambar irfansyah ni, nampak macam dah besar je anak ummi ni. rata2 yg datang semuanya kata anak ummi ni mcm budak dah 2bulan. tentang iras muka pula ada yg kata ikut muka atuknya la, papanya la & ada pulak kata ikut muka adik bongsu ku. erm x kisahla ikut sape pun kan.. yang nyatanya muka baby mmg sentiasa berubah.. yang penting anak ummi ni membesar dgn sihat. itu dah cukup menggembirakan aku sekeluarga.


irfansyah sedang khusyuk mendengar alunan marhaban..

diam & x nangis pun anak ummi ni...

berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w.


ummi bawak irfansyah tawaf 3x sambil alunan selawat dibaca sebelum rambutnya dicukur..

mamaku yang menggelarnya 'wan' mencukur jambul cucunya.. ehehe

sekitar majlis kesyukuran & aqikah... nampak besarkan irfansyah ni..

terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis ni. banyak jugak collection duit yang mencecah 4 angka jgkla & hadiah2 hamper & baju2 untuk irfansyah. alhamdulillah rezeki anak2 kan.. insyaallah ummi & papa akan buat simpanan bank atas nama irfansyah nnt.

1 week after delivery...


sabtu, 30hb Mei 2009:
arini merupakan hari due bg 2nd bb aku. bangun pagi, mandi & bersiap2 utk ke hospital then breakfast, rasa mcm xde selera, hati rasa debar2 sbb takut pun ada.. memacam la pk. sbb arini doc klinik suh refer hospital ampang utk induce sbb doc suspect bb besar.. takut kalu tggu lg, nnt bb makin besar. b4 gi hospital, hubby dah siapkn brg2 yg nk dibawa ke hospital. mama plak slalu igtkan spy doa bebyk minta dipermudahkan bersalin.. slalu baca doa "Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minadzolimin" pesannya lg. insyaallah allah permudahkan katanya. kemudian mama suh minum air zamzam & mkn kismis.

sblm gi hospital, masa bersalaman dgn mama, tetiba rasa syahdu sgt.. mcm nk gi kemana je.. sedih rasa.. hubby tgk je aku smbil pujuk aku suh istighfar & doa bebyk, x tahula apsal sedih sesgt, mayb psl lama x rasa perasaan camni.

smpi hospital, bg surat refer doc klinik then diorg buat CTG; dengar degup jantung bb lebih kurang 20minit. pastu check VE, still 1.5cm bukaan rahim. then doc tanya ada kuar tanda apa2 x atau ada rasa sakit sgt ke.. aku jawab "blum ada lg, doc". then doc buat scan plak. check jantung bb, ukur lilit kepala, ukur tulang kaki & peha bb, ukur perut bb & last skali ukur byk mana air ketuban aku. doc ckp air ketuban aku 18.5. berat bb ikut scan dlm 3.4kg. then doc ckp aku discharge sbb dia kata bb sume normal xde masalah. siap tambah 9hari lg sbb doc kata dia xmo buat induce, biar bb lahir secara normal. aku dgn x puas hati tanya la doc.

aku: tp doc klinik suh induce sbb takut bb makin besar, nape xleh induce??

doc: sy dah check sume, bb awak x besar la skang br 3.4kg, normal weight. sy check air ketuban awak yg byk.

aku: yeke doc, so mmg xleh induce la ni.

doc: ye xpayah induce. sy tmbh lg 9hari, jika dlm masa 9hari ada tanda atau rasa sakit dtg terus hospital. jika hari ke9 masih xde rasa apa2, dtg terus hospital, then br kita induce.

aku: okla kalu camtu doc, terima kasih doc.

then aku gn hubby pun blk la umah. menanti kelahiran yg ntah blum pasti bila harinya.


khamis, 4hb Jun 2009:
pegi buat checkup kat klinik kita. sbb rasa x sedap hati. nk tahu perkembangan bb mcmana. dah 5 hari berlalu lepas wat checkup kat hospital sabtu lalu, namun masih blum ada tanda yg menandakan aku bakal melahirkan bb yg ku kandung ini. spt biasa urine mesti diambil. yg pasti doc nik khaliza pasti terkejut krn mesti dia ingatkan aku telah selamat melahirkan bb memandang kan dia telah mengeluarkan surat utk aku di induce. tiba no giliran ku dipanggil, seperti dijangka, doc nik terkejut dgn kedatangan ku.. dia kata

doc: sy igtkan awak dah bersalin dah, ni nape la x bersalin2 lg ni, bb syok kots dok dlm perut tu" ehehe smbil tersenyum..

doc nik plak rasa seram sbb kandungan ku dah masuk 41minggu 5hari.

doc: takutla sy tgk awak ni, kalu bb kuar besar camne?? napela doc hospital xmo buat induce".

aku: ntahla doc sy pun x tahula kenapa (sambil tunjuk surat result dr hospital ampang)

doc: xpela sy check awak dulu..

doc nik buat VE skali lg, masih 1.5cm jgk. heyy bila la aku nk bersalin ni. ayahmama dah nk gi umrah sabtu ni. tggl esok je b4 diorg berangkat ke tanah suci. hajat mama nk menjaga aku selama tempoh berpantang hanya tggl harapan. bb dlm perut ni masih xmo jgk kuar. lps blk dr checkup aku mmg berdoa agar aku dpt bersalin sblm ayahmama berangkat. harap2 allah makbulkan doaku.

jumaat, 5hb Jun 2009:
aku terasa seperti hendak kencing. cepat2 aku masuk bilik air. nasib sempat. rupa2nya bkn kencing tp air ketuban aku dah pecah. nasib x basah tilam. byk jgk la air yg kuar. ada darah skit kuar. aku mula rasa sakit. then aku kejutkan hubby bangun. hubby terus bangun bila aku kata air ketuban dah pecah. hubby terus bersiap2 mandi.

6.00pg: bekfas dulu, hubby kata kena mkn biar ada kekuatan masa nk bersalin nnt. aku xde selera tp aku mkn juga sekadar utk mengisi kekosongan perut, air milo & biskut + roti. then solat subuh dulu, doa minta segala dipermudahkan.

6.30pg: smpi di hospital ampang. rasanya aku org pertama yg smpi pg begini utk check bersalin. doc buat CTG. VE dah bukak 2cm. scan doc ckp mmg air ketuban dah berkurangan. doc ckp awak akan bersalin dlm masa 24jam. so, msk wad dulu.

7.30pg: masuk wad, tgk ada bekfas kat katil. rasa mmg lapar. tp bila tgk mknan tu nasi lemak. rasa xde selera plak. so cuba rehatkan diri. tp x selesa, sbb sakit tu kejap2 dtg. ada sorg misi ni dtg, ckp awak dah pecah ketuban kan, kalu rasa nk berak, cepat2 bgtau ye. sy rasa awak x lama ni. pastu dtg sorg doc cina lelaki, suh misi check tekanan darah, sejak dr pg td asal diorg check tekanan darah mesti diorg tanya "puan ada darah tggi ke??" uishhh aku pelik ni.. mana ada aku darah tggi. mayb aku rasa takut kots.. sbb tu darah aku naik tggi. pastu doc cina lelaki tu ckp "puan juz rilex ye, tenangkan diri, kita nk amik rekod tekanan darah puan ni..nnt bad rekod masalah nnt". so, aku sedaya upaya cuba tenangkn diri.. tarik nafas dlm2. then misi check, br misi ckp "erm dah br ok doc". then misi check kekerapan contraction. 1 in 10minit. tp rasa sakitnya aduhai mmg sakit banding haziq dulu. then misi suh aku tgk jam, kalu dlm 10minit lebih dr 2kali contraction, cepat2 pggl misi. aku hanya menganggukkan kepala. aku kejap2 rasa nk terkencing. rasa nk terberak tu ada jgk. tp x berani nk teran sbb takut la elok nk meneran lain plak yg kuar, naya je nnt.

10.30pg: kiraan aku melebihi 3kali contraction dlm 10minit. mmg xleh tahan sgt sakitnya. rasa nk terberak tu amat dirasai. aku terus tekan button pggl misi. terus misi dtg. check contraction. mmg kerap. then check VE dah pun 5cm. misi tanya ada rasa nk berak x?? mmg ada rasa tp x berani nk teran. so misi masuk ubat sabun kat punggung, then suh gi toilet berak tp jgn lama2 katanya. siap ada sorg misi temankan aku gi toilet. nk kata kejap xdela kejap sgt pun dlm toilet, smpi aku kena pggl la gn misi yg temankan aku tu "puan jgn lelama dlm tu". erm terus aku kuar toilet lps tu. blk kat katil tgk hubby dah ada dok kemas brg nk gi dewan bersalin.

10.50pg: aku ditolak dgn kerusi roda ke labour room, mesin pun dipasang. drip air pun dimasukkan. segala persiapan disediakan. aku betol2 x tahan rasa mcm nk terberak sgt. terus aku jerit "doc sy rasa mcm nk kuar dah ni". hubby pun dipggl masuk. hubby dah ada disisiku. tanganku digenggam erat oleh hubby ketika itu. mmg hubby byk bg support. tiap kali disuruh meneran, hubby la org yg byk bg dorongan. tq hubby, tanpamu aku tidak sekuat ini. aku mengumpul sepenuh tenaga utk mengeluarkan bb ni. rasanya makin ramai yg masuk ke bilik labour room dimana aku ditempatkn. aku hilangkan rasa malu, yg penting aku mesti kuat utk melahirkan bb ni. dgn sepenuh kudratku, ntah berapa kali teran akhirnya aku berjaya melahirkan bayi lelaki tepat jam 11.35pagi. hilang segala sakit tp pedihnya masih kurasai. tidak semudah abgnya dahulu. masa bb ditarik keluar, aku tidak dengar tangisan dr anakku. masa misi bwk keluar bb baru terdgr suaranya itupun perlahan sahaja. misi pun mula mengeluarkan uri & mula menjahit pintu rahimku. disebabkan bb ku besar misi terpaksa mengunting juga pintu rahim ku bg membantu memudahkan kelahirkan bb ku. tp skit aje kata misi. alhamdulillah akhirnya selesai segala yg ku tunggu selama lebih 9bln ni.

sementara menunggu utk ditempatkan kembali ke wad, mknan tghari pun sampi. tp aku tidak punya selera utk mkn. terasa lemah tubuhku, tekak terasa kering dek kerana byk tenaga digunakan semasa melahirkan bb ku td. lps doc dtg check jahitan, misi pun bg secawan air milo. uhh lega rasanya bila dpt minum. misi kata anakku terpaksa ditempatkan di NICU utk bantuan pernafasan sbb masa deliver td bb x menangis & x kuat nangis mcm bb yg lain. "Ya Allah selamatkanlah anakku, sihatkan la ia dr segala penyakit". itu aja doa yg terungkap ketika itu. kemudian aku ditolak dgn kerusi roda di wad perseorangan iaitu wad pengasingan.

sementara menunggu hubby blk dr solat jumaat, aku tinggal keseorangan di wad pengasingan. terasa mcm kosong jiwa ku. aku belum lg melihat wajah anakku. malah anakku blum lg diazankan krn lepas deliver anakku terus ditempatkan di NICU. aku hanya tahu jantina anakku sahaja. wajahnya, berat & panjang sume aku x tahu. setelah hubby ku smpi, hubby terus ke NICU utk mengazankan anakku. kata hubby anakku mmg besar & putih kalu dibandingkn dgn bb yg ada bersebelahan dgnnya. kata hubby anakku beratnya 3.67kg dan panjang 53cm. aku hanya membayangkan sahaja. sbb aku belum lg dpt menjenguk bb ku lg di NICU.

:. P/s .:

skang bb irfansyah dah semakin sihat & tenbam.. alhamdulillah..

taraaa..... nila buah hatiku yg baru..

irfansyah bin zulkifli diberi nama yang bermaksud bijaksana/kesyukuran.

harap dengan nama dan maksud yg baik, anak ummi & papa akan jd anak yg soleh, hormat pd org tua, bijak pandai dan berjaya dunia & akhirat, sentiasa bersyukur dalam mencari keredhaan allah. aminn...


irfansyah masa di NICU, hospital ampang..


:. P/s .:

agak2 iras muka sape ye irfansyah ni?? ummi ke papa??

alhamdullillah akhirnya selamat jgk aku melahirkan bb yg ku kandung selama 40minggu 6hari dipagi jumaat yg mulia & penuh berkat ni... aminnn.. terima kasih kepada semua yg mendoakan iewa sepanjang tempoh kelahiran bayi ni.

tarikh bersalin : jumaat, 5/6/2009
simptom bersalin : pecah ketuban + darah (jam 5.30pg)
waktu bersalin : 11.35pg
tempat bersalin : hospital ampang, selangor
jantina bayi : lelaki
berat bayi : 3.67kg
panjang bayi : 53cm

************************************************************************************

bb masuk wad ICU : jumaat, 5/6/2009 - isnin, 8/6/2009
masalah bb selepas lahir : menangis x kuat & paru2 berkuman (overdue)
rawatan yg diperlukan : bantuan pernafasan + antibiotik

************************************************************************************

now bb dah semakin sihat, bb x byk meragam... hanya minum sepenuhnya susu badan... harap diberi kesihatan yg sihat berpanjangan & dipermudahkan utk mendidik & membesarkannya... aminnn...

:. P/s .:
gambar bb nnt iewa update di entry yg lain.. sabar ekk..

Blog Widget by LinkWithin