:.salamesrabadie selamanya.:

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...

ktok..ktok...ktok... intai sape tu???? ehehe...

pening jugak memilih tempat mkn untuk santapan berbuka puasa ni ye.. aku & kenkawan X-Uni mmg plan nk berbuka sama kat luar, tp pening memikirkan tmpt yg sesuai, psl memasing ada anak kecik.

dan akhirnya kami memilih utk makan di Intai-Intai Restaurant. masa diberitahu utk mkn kat sini, aku gn hubby siapla search kat map google di mana la tmpt ni. dok je ulu klang bertahun², tp rase mcm x pernah nmpk je tmpt ni. rupanya dekat je. Restaurant ni milik En. Baha, bekas RA rancangan AF musim1 dulu. Tempatnya menarik, tenang & cantik ala-ala tropika restaurant.. siap tengah² tu ada tasik lg.. makanan not bad jgkla.. utk buffet ramadhan ni, mmg byk pilihan makanan.. nasi kerabu, nasi dagang, nasi goreng, mee goreng, dessert, pelbagai bubur, ABC, cendol, pelbagai ikan & daging bakar, pelbagai lauk pauk, kuih muih, buah²an dan macam² lg la.. tp disebabkan puasa kan.. bukan nk mkn byk sgt pun.. sekadar nk bersantai², borak² dgn kenkawan yg lama x jumpa.. tempat ni mmg sesuai bg pasangan yg inginkan suasana romantik gitu.. so, sesape yg nk mencuba makanan kat sini, ni alamatnya:

RESTORAN INTAI-INTAI,
Backyard lot 378, Jln Ampang Ulu Kelang,
(Highway MRR2), 68000, Selangor.
Tel: 017-2102343 atau 012-2882424
Harga Buffet: RM43 (Adult)
masa sampai kat restaurant ni, hanya tinggal beberapa minit je lg nk masuk waktu berbuka puasa. so, suruh hubby amik makanan dulu. irfan masa tu elok tido masa sampai tu. tetiba baru je nk gerak amik makanan dia nangis la plak. so, cari surau nk bg bfeed. tp irfan nangis jugak, apa je x kena dgn anak ummi ni. check pampers, ok je.. puas pujuk & try bg bfeed lg.. sampai terpaksala buka puasa dlm surau tu, hubby siap anta air & kurma. rupa²nya irfan kembung perut, sbb bila aku picit perut dia, mcm keras je.. pastu aku urut lg perut dia, smpi lembut br la dia diam. masa dia dok nangis tu, dah pk lain dah, yerla maghrib² ni kan. ehehe.. member sume igt irfan dah 4 bln.. pdhal br nk masuk 3 bulan.. veryy semangat & debab btol la irfan ni.. last timbang 2 mggu yg lalu, 6.1kg. haziq plak siap dpt kawan lg.. perempuan ok kawan dia tu.. amboyyy anak bujang ummi ni.. ehehe bkn main berlari² kesana kemari & main sorok² dgn 3 dara iteww.. ni je la gambar yg sempat diambil sepanjang kat sana.


evergreen & sedondon gitu... haha!!

Rupa²nya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari², kita tak boleh main balun aje.. Sebab itulah kita senang dijangkiti penyakit seperti penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain² penyakit apabila kita telah tua nanti.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya sehari². Apa kata kita ikut diet ini. Tak payahlah susah² makan pil untuk kurus.. ehehe

Insyaallah kalau kawan² ikut diet Rasullullah ini.. Garenti!! kawan² takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

  1. Jangan makan SUSU + DAGING
  2. Jangan makan DAGING + IKAN
  3. Jangan makan IKAN + SUSU
  4. Jangan makan AYAM + SUSU
  5. Jangan makan IKAN + TELUR
  6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU + CUKA
  8. Jangan makan BUAH + SUSU Contohnya: KOKTEL
  9. Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, kemudian baru makan nasi.
  10. Tidur 1 jam selepas makan tengahari. Maknanya lepas makan tengahari kena rehat 1 jam baru boleh tidur.
  11. Jangan sesekali meninggalkan waktu makan malam kerana sesiapa yang meninggalkan waktu makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

Nampak memanglah pelik.. Tapi, kalau tak percaya… Kawan² bolehla mencuba…..
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Tetapi ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat + makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Kerana dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana badan ayam mengandunri ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve. Jika dalam suapan ayam + ikan, maka akan terjadilah tindakbalas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus dalam badan kita.

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti yang berikut:

  1. Mandi Pagi sebelum Subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak yang mengumpul dalam badan kita. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
  4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…

Sama²lah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

Sabda nabi "Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan, Insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya. "

:. P/s .:

besempena bulan ramadhan ni... hah sesape nk diet tu.. leh la try cara ni.. Selamat mencuba & moga berjaya... chaiyok! chaiyok!

tgkla aksi anak bujang aku yg sorg ni..
wahh dah pandai ye anak ummi ni...
siap kenyit mata lg bila ummi amik gambar dia ni..
asal lmbt je bg bfeed, tgn dia jgk yg sedap dia isap..
naugthy tau anak ummi ni!!!
tp kelakar la, psl dia isap jari.. lidah yg dia kuarkan..
jari x pandai lg nk masuk dlm mulut.. ehehe..

memandangkan ramadan telah bermula...
semua ibu2 yg kat umah tu la paling pening kepala memikirkan apa juadah bersahur & berbuka...
so, ni aku nk kongsi masakan yg aku buat utk 1st day puasa ni utk santapan berbuka ..
mmg lama sgt x buat.. teringin nk buat dah lama...
tp x rajinn... hahaha.. yerla b4 ni pregnant, pastu bersalin plak kn..
okok.. jom kita mulakan..

Bahan doh / roti pizza:
3 cawan tepung gandum
1 s/b yis mauripan
1 s/k garam
1 s/k susu pekat
1 cawan air

Caranya:

  • Tepung gandum diayak. kemudian masukkan yis mauripan.
  • air + garam + susu pekat disebatikan sbg bancuhan tepung.
  • uli tepung sampai menjadi doh.
  • bahagikan doh kepada 2 bahagian (utk 2 pizza)
  • simpan doh dlm bekas tertutup sehingga tepung naik.


doh yg telah dibahagi dua.

Bahan hiasan pizza:
1/2 paket ayam kisar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
4 btg hogdog
1 biji bawang (yellow onion)
4 keping cheese
2 s/b sos tomato
2 s/b sos cili
serbuk oregano
serbuk lada sulah

Caranya:
  • tumis bawang putih, kemudian masukkan ayam kisar. goreng smpi air kering.
  • hiris hogdog kecil2, kemudian digoreng.
  • tomato dipotong dadu.
  • bawang (yellow onion) + capsicum merah & hijau - dihiris panjang.
  • sos tomato + sos cili + serbuk oregano & lada sulah (secukup rasa). kacau sebati.
  • cheese dipotong kecil.


bahan2 hiasan pizza

Cara menghias pizza:
  • letak sedikit minyak pd bekas pembakar utk mengelak dr doh melekat.
  • ratakan doh mengikut bulatan bekas pembakar.
  • kemudian ratakan sos pd atas permukaan doh yg telah diratakan td.
  • susun ayam kisar, tomato, capsicum, hogdog & bawang (yellow onion) mengikut layer by layer.
  • akhir skali taburkan sebuk oregano & kepingan cheese (mengikut kesukaan memasing).
  • bakar pizza dgn api perlahan selama 7 minit.
  • gunting pizza menjadi slice & sedia untuk dimakan.

doh yg telah diratakan mengikut bekas pembakar

pizza yg siap dihias & sedia utk dibakar

pizza yg telah dibakar & sedia utk dimakan

yummmyyy!!! very fresh, crispy & so delicious. SELAMAT MENCUBA.

:. P/S .:
kanak2 pun boley mkn sbb x pedas & very colourful yg buat mereka tertarik.

besempena kedatangan ramadhan yg mulia ni...
salam ramadhan diucapkan untuk semua..
moga kita dapat mempertingkatkan amalan & ibadah di bulan yg mulia & penuh berkat ni..
semoga ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yg terbina..
akhir kata, tangan disusun memohon keampunan sekiranya ada keterlanjuran kata dan perbuatan...
harap segala salah dan silap diampunkan..

signbord yg amat berguna sebagai peringatan buat kita sume..

alhamdulillah...... akhirnya hasrat aku gn hubby tercapai...
aku eppy sgggtttt... br dpt call kejap td dr hubby...
katanya kunci rumah yg kami beli tu dah bole ambik...
syukur sgt... mmg rezeki kami & anak² la thn ni...
sejak berniat nk beli umah ni.. segala urusan jual beli mmg sgt berjalan lancar..
xdela lama kami tggu.. alhamdulillah, beli dr owner yg mmg xde masalah kewangan...
mmg sgt senang & mudah...
jd...bole la raya gn umah baru..
ehh sempat ke??? ehehe...
erm mcm x sempat je.. nk reno gak skit² utk keselesaan...
nnt la tunjuk gambar umah yeh, after reno nnt..
umah xdela besar mana punn... apa yang penting... kerjasama hahaha...
yg penting umah sendiri kan...
dlm kepala dah terbayang² apa la design & decor umah yg bakal aku gn hubby akan buat nnt..
so, tungggguuuuu!!!

irfan & abg haziqnya..

ahad, 16 Aug 2009
citer psl penyakit demam ni... sgttt la merisaukan...
mlm isnin yg lalu, bdn haziq panas sgt... dia mengadu sakit perut.
so, aku dah sapukan minyak yuyi kat perut dia.. mmg aku x lena tido mlm tu...
kejap² terjaga.. tgk irfan lena je tidonya...
alhamdulillah irfan mlm mmg sgt senang menjaganya..
hanya bgn utk menyusu & kemudian akan tido selena²nya...

tp mlm tu tidak pd abgnya.. kejap² jerit pggl ummi..
mungkin haziq x selesa dek kerana panas bdnnya.. aku yg mmg x lena tido ni..
basahkan saputangan, kasi lembab² gitu kemudian letak kat dahi haziq..
tp haziq mmg x suka aku buat mcm gitu..
menangis dia x bg aku letak saputangan lembab tu kat dahi dia..
tp aku pujuk dia, sbb nk bg kurangkan kepanasan suhu bdn dia..
sambil tu aku suruh dia minum air masak byk²..

isnin, 17 Aug 2009
esoknya pg isnin, patutnya haziq kena ke sekolah...
tp haziq x sihat, so suruh hubby bwk haziq gi klinik..
aku amik cuti harini.. nk jaga haziq.. hubby plak gi keje lewat skit..
biasala anak² kalu sakit, mesti nk dgn umminya jgk.. so, kenala cuti..
pg tu suhu bdn haziq nmpk mcm kurang skit banding mlm td..
mcmanapun kena jgk bwk jumpa doc kan.. bahaya skang ni..
teruk ke x teruk ke sakit tu, kalu anak kecil yg sakit.. mesti kena bwk check dgn doc..
kenkadang bdk kecik diorg x reti nk bgtau sakit ke hapa ke..
blk citer psl haziq td, sblm gi klinik, suh hubby beli mask dulu..
mesti pakai mask kalu gi tmpt mcmtu.. sbb yg dtg sume org berpenyakit..
so, sblm ape² jd, suruh haziq pki mask.. nasib la dia mahu..

hubby citer, smpi kat klinik nurse x tanya dah sakit ape..
psl dah nmpk haziq pki mask. ehehe
alhamdulillah haziq bebas dr H1N1.. doc ckp demam biasa je..
suhu badan haziq 38°C.. nasib haziq x susah mkn ubat..
cuma dia susah nk mkn... bak kata mama aku, 2 atau 3 hari sekali je dia mkn nasi..
tuh psl susah naik bdn dia.. byk mkn benda² lain & kuat minum susu..

lps blk dr klinik, asal mkn je..mesti dia muntah...
bgsla jgk gitu kan... biar kuar sume...
dia byk tido je... sepanjang blk dr klinik tu..
panas bdn dia kejap panas, kejap kebah...

selasa, 18 Aug 2009
alhamdulillah, nmpk haziq ceria & sihat skit banding dr semalam..
so, aku pun bersiap nk ke tempat keje...
atuk haziq pg ni beli bekfas nasi lemak gn mee goreng..
memang kebiasaan kalu bekfas, atuk haziq mesti pggl haziq mkn sekali..
uhhh mmg berselera btol anak ummi pg ni mkn..
lps mkn nasi lemak, mkn mee goreng plak.. org br nk baik demam..
mmg gitu la kan... mengikut kata wan haziq plak..
semasa ketiadaan aku, tghari dia mkn 2 ketul ayam goreng plak..
uiii mmg berselera btol anak ummi mkn ni..
kan bagus kalu gitu hari².. kalu x mmg susah nk suruh mkn..

rabu, 19 Aug 2009
haziq dah bgn masa aku tgh bersiap² nk mandikan irfan pg ni.
semalam dia mcm excited nk gi sekolah arini..
katanya "haziq dah baik demam dah ummi, bdn haziq x panas dah ummi, ummi cuba rasa"
lebih kurang gitu la ayat dia... "esok haziq leh gi sekolah"...
mungkin rindu kat kwn² sekolah & cikgu dia kots..
dah mandi & pakai baju sekolah... bdn dia mcm panas sket lg..
so, hubby kata xyah la haziq gi sekolah arini..
akupun b4 gi keje td bg dia mkn roti bakar & bg mkn ubat demam.
so, arini haziq rehat lg kat umah. harap haziq okla arini.
risau jgk psl kat umah tu mak tam dia pun demam jgk.. dpt 3hari MC plak..
lps sorg² demam kat umah tu.. b4 ni acu dia yg demam...

"Ya Allah kau sembuhkan lah penyakit demam anakku, berilah ianya kesejahteraan serta lindungilah dia dari penyakit berjangkit".
Aminnnn..


:. P/s .:
doakan sama ye kenkawan kesembuhan utk haziq. tq ^_^

nmpk dah besar je anak ummi ni... makin bulat rupa dia kann...
mmg sgt debab je rasanya bila dukung dia... sgtla semangatnya.. hehe..
bagus sgt perkembangan anak ummi yg sorg ni...
membesarla dgn sihat wahai anakku²...
ummi sentiasa mendoakan kesejahteraan agar anak² ummi sentiasa dilindungi & diberi kesihatan yg baik...
yerla skang ni memacam penyakit yg menular & membimbangkan...
minta dijauhkan la dr penyakit berjangkit & sebagainya.. aminnn




cayannnnng buchuk ummmi ni.... muahhhhhssssssss!!!

heyyyyy.... fening kepala dibuatnya...

dek kerana inginkan layout yg baru, bila jumpa yg cantik.. sgt teruja nk menukarnya..
tp aku lupa.. lupa nk buat backup apa yg ada dlm side bar blog sebelum ni..
alamatnya, aku kena buat semula yg baru...

sgt pening & amat meletihkan.. nmpk mcm senang.. tp x semudah yg dijangka..
almaklumla aku pun masih baru lg dlm dunia blog ni..
so, apa pendapat korg gn layout blog aku yg baru ni..
bg aku ianya simple, clear & senang nk maintain...

byk yg aku nk update.. tp terpaksa pending dulu..
ni sume psl teruja nk tukar layout yg baru ni la...
erm so, kena beringat sebelum membuat keputusan...
padan la muka aku!!! :lol

okla happy viewing!!!

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu kepada semua kenkawan... iewa ingin MEMOHON MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. Salam Ramadhan..

pejam celik... sedar² cuti bersalin pun dah abis.. pd hr selasa yg lalu aku telah kembali semula bekerja seperti biasa...

yg sedeyyy nyer bila kena tinggal kan irfan... maklumla dah lama bercuti.. cian anak ummi ni kena tinggal.. yg lebih x sampai hatinya nk tinggalkan irfan sbb irfan fully breastfeed.. dia xmo langsung minum susu instant.. kena la aku berpam bagai kat opis nnt.. untukmu anakku irfan.. ummi sanggup buat ape saje.. janji anak ummi sihat...

sehari sebelum masuk keje, adalah hari checkup irfan utk imunisasi 2bln.. pekembangan irfan utk 2bln ni sgt positif.. antaranya ialah:

  • dah pandai berborak, senyum & membalas kata² org yg berckp dgnnya... tp ikut bahasa dia la kan...
  • mencari arah bunyi...
  • mata mengikut objek yg ditunjukkan...
  • memanggil apabila terasa tiada org disisinya...
berat terkini setelah 2bln ni 4.9kg.. tingginya 59cm.. alhamdulillah kali ni lps kena injection imunisasi utk 2bln ni.. irfan tidak demam.. sbb nurse mmg awal² mention yg dos kali ni bole menyebabkan demam.. apelagi lps je kena injection, aku terus bg ubat demam yg diberikan.. good boy anak ummi ni.. nangis kejap je masa kena inject tu.. pastu terus tido..

citer psl 1st day keje.. masuk² opis ada plak staff meeting... uhhh kalu bole mmg nk elak dr masuk bilik meeting tu.. tp nk wat camne.. dah nasib x baik.. time 1st day keje, time tu jgk la staff meeting.. biasa meeting start kul 9pg.. tup..tup smpi opis bos buat awal plak meeting sbb nk kejar kul 10pg ada meeting kat tmpt lain katanya.. sepanjang meeting biasala bos bg kata² semangat, nasihat dan yg paling best dengar... tang ape lg.. bonus la... nasib ada gak berita gumbira.. katanya nk bg bonus 2 bln gaji.. alhamdulillah murah rezeki.. hehe.. merata² org dok ckp psl kegawatan... aku amat bersyukur kerana opis aku tidak buang pekerja & masih mampu memberi bonus.. alhamdulillah kan...

dan ada lg.. yg menggembirakan.. opismate kata aku dah kurus hahaha... siap bos kata mcm anak dara.. muka berseri².. malu nyer aku masa tu dlm bilik meeting... yerla biasala kan org lps bersalin ni.. xde lain mestila nk kembali cantik & slim mcm sblm mengandung.. kalu bole nk mcm zaman memula kawin dulu tu kan.. kalu korg nk tahu sejak bersalin smpi skang aku dah pun turun berat sebanyak 18kg.. berat sblm bersalin 81kg.. hah kirala sendiri berapa berat aku skang ni.. tp itu bkn berat impian aku.. sbb aku masih merasakan diriku ini gemuk... byk lg rasanya berat yg perlu aku turunkan kalu btol² nk slim.. ehehe.. xpe pas ni dah nk msk bulan puasa.. akan ku cuba utk turunkan lg berat ni.. tp kena berpada jgk la kan berdiet pun.. sbb aku punya anak kecik yg menyusukan bdn.. nnt x cukup zat plak irfan.. cian buchuk ummi tu nnt...

ehh panjang plak citer entry kali ni.. yerla lama x update.. terlebih sudahhhh... hahaha...

Blog Widget by LinkWithin