ktok..ktok...ktok... intai sape tu???? ehehe...
pening jugak memilih tempat mkn untuk santapan berbuka puasa ni ye.. aku & kenkawan X-Uni mmg plan nk berbuka sama kat luar, tp pening memikirkan tmpt yg sesuai, psl memasing ada anak kecik.
dan akhirnya kami memilih utk makan di Intai-Intai Restaurant. masa diberitahu utk mkn kat sini, aku gn hubby siapla search kat map google di mana la tmpt ni. dok je ulu klang bertahun², tp rase mcm x pernah nmpk je tmpt ni. rupanya dekat je. Restaurant ni milik En. Baha, bekas RA rancangan AF musim1 dulu. Tempatnya menarik, tenang & cantik ala-ala tropika restaurant.. siap tengah² tu ada tasik lg.. makanan not bad jgkla.. utk buffet ramadhan ni, mmg byk pilihan makanan.. nasi kerabu, nasi dagang, nasi goreng, mee goreng, dessert, pelbagai bubur, ABC, cendol, pelbagai ikan & daging bakar, pelbagai lauk pauk, kuih muih, buah²an dan macam² lg la.. tp disebabkan puasa kan.. bukan nk mkn byk sgt pun.. sekadar nk bersantai², borak² dgn kenkawan yg lama x jumpa.. tempat ni mmg sesuai bg pasangan yg inginkan suasana romantik gitu.. so, sesape yg nk mencuba makanan kat sini, ni alamatnya:
RESTORAN INTAI-INTAI,masa sampai kat restaurant ni, hanya tinggal beberapa minit je lg nk masuk waktu berbuka puasa. so, suruh hubby amik makanan dulu. irfan masa tu elok tido masa sampai tu. tetiba baru je nk gerak amik makanan dia nangis la plak. so, cari surau nk bg bfeed. tp irfan nangis jugak, apa je x kena dgn anak ummi ni. check pampers, ok je.. puas pujuk & try bg bfeed lg.. sampai terpaksala buka puasa dlm surau tu, hubby siap anta air & kurma. rupa²nya irfan kembung perut, sbb bila aku picit perut dia, mcm keras je.. pastu aku urut lg perut dia, smpi lembut br la dia diam. masa dia dok nangis tu, dah pk lain dah, yerla maghrib² ni kan. ehehe.. member sume igt irfan dah 4 bln.. pdhal br nk masuk 3 bulan.. veryy semangat & debab btol la irfan ni.. last timbang 2 mggu yg lalu, 6.1kg. haziq plak siap dpt kawan lg.. perempuan ok kawan dia tu.. amboyyy anak bujang ummi ni.. ehehe bkn main berlari² kesana kemari & main sorok² dgn 3 dara iteww.. ni je la gambar yg sempat diambil sepanjang kat sana.
Backyard lot 378, Jln Ampang Ulu Kelang,
(Highway MRR2), 68000, Selangor.
Tel: 017-2102343 atau 012-2882424
Harga Buffet: RM43 (Adult)
0 comments:
Post a Comment