genap usia irfansyah 1 bulan. so, pagi isnin 6hb Julai 2009 adalah merupakan 1st checkup irfansyah utk imunisasi.
wah anak ummi ni mmg nmpk mcm baby dah 3bulan. irfansyah makin sihat. beratnya sekarang mencecah 4.6kg. panjang plak dah 57cm. masih fully breastfeed. sepanjang kat klinik irfansyah tido aje. baiknyer anak ummi ni, ni yg suka ummi bwk irfansyah jenjalan ni. hepp xleh puji2 sgt ni. org tua2 pantang ni.. ehehe... irfansyah cuma nangis kejap je masa kena injection imunisasi Hep B tu. misi kata injection ni x buat bayi demam. okla tu kan.. xdela risau sgt..
lepas gi checkup singgah kedai atuk yg slalu hubby gn haziq gunting rambut. nk cukur abis rambut irfansyah sejak majlis bercukur & aqikah aritu lg. biar bg rambut baru tumbuh. nk cukur sendiri mmg x berani. kebetulan masa smpai kedai atuk tu xde org gunting. so, dengan alunan selawat atuk tu pun cukur abis rambut irfansyah ni. nasib irfansyah x nangis, diam je dia. makin bulat la gamaknya muka anak ummi ni bila dah botak ni. ekeke... ni la wajah irfansyah setelah dicukur abis... bulat & makin tembam kann???

Renungan
Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata, jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..."
About Me
Facebook Badge
Viewer Counter
My Sweetchild
Muhammad Arman Haziq Bin Zulkifli
Irfansyah Bin Zulkifli
Ariq Muizz Bin Zulkifli
Blog Archive
Friends Blog
-
raptor doublemax slot2 years ago
-
MarryBrown : Gores dan Menang8 years ago
-
-
Hello9 years ago
-
Move to the new blog9 years ago
-
fuuuhhh.....fuuuhh......11 years ago
-
-
It is just too much to share12 years ago
-
-
Custom design Baby Headband14 years ago
-
Jumpa lagi.14 years ago
-
-
-
-
Membawa Diri14 years ago
-
BUSHA....LAGI STOK UNTUK DIHABISKAN15 years ago
-
Wajah Fatin - new born16 years ago
-
-
-
-
-
-
alhamdulillah... arini genap 5thn usia perkahwinan ku. pejam celik, cepat btol masa berlalu.
hubby awal2 lg dah wish hari ulang tahun perkahwinan kami. katanya dia tahu mmg awal dia wish, tp xpela kan. smlm hubby sampai awal balik keje. biasala lepas makan malam, aku br ke bilik air utk mandi. lps mandi, masuk aje bilik, tengok2 atas dressing table ada gift utk aku. patutla hubby tersenyum sipu. rupanya ada surprise utk aku. aku sendiri x sangka & teruja. "thanks abang, apapun hadiahnya ayang sgt bahagia selama hidup dgn abang. abang & anak2 adalah hadiah yg x ternilai buat ayang".
aku bahagia skali dpt suami yg x pernah lupa akan tarikh keramat ini dimana 3hb july 2004 saat kami disatukan. inilah hadiah yg ku dpt semalam. walaupun ianya nmpk simple, tp aku faham maksud tersiratnya. "abang, ayang akan gunakan sebaiknya buku resepi itew. mmg ayang lama dah x memasak ni". mmg diakui sejak pregnant anak ke-2 ni.. aku jarang sekali memasak. pulak lg tinggal sebumbung dengan keluarga, kenkadang lauk telah terhidang. xkan nk membazir pulak masak lauk lg kan. bukan x reti masak tau. aku mmg suka memasak. tanya hubby la tentang masakan ku. tunggu la nnt bila dah dok umah sendiri, harap aku dpt masak makanan yg enak & berkhasiat utk keluarga ku setiap hari.

majlis ni diadakan pada hari ke-23 usia irfansyah. hanya seekor kambing aje dulu di aqikahkan untuk majlis ni. yang lagi seekor tu insyaallah lain kali bila ada rezeki nanti. yerla kan utk anak lelaki kena aqikah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. memandangkan kambing skang harganya pun bole tahan jgk kan, so mampu buat satu je dulu.
irfansyah sedang khusyuk mendengar alunan marhaban..
diam & x nangis pun anak ummi ni...
berselawat ke atas nabi muhammad s.a.w.
mamaku yang menggelarnya 'wan' mencukur jambul cucunya.. ehehe
sekitar majlis kesyukuran & aqikah... nampak besarkan irfansyah ni..
sabtu, 30hb Mei 2009:
arini merupakan hari due bg 2nd bb aku. bangun pagi, mandi & bersiap2 utk ke hospital then breakfast, rasa mcm xde selera, hati rasa debar2 sbb takut pun ada.. memacam la pk. sbb arini doc klinik suh refer hospital ampang utk induce sbb doc suspect bb besar.. takut kalu tggu lg, nnt bb makin besar. b4 gi hospital, hubby dah siapkn brg2 yg nk dibawa ke hospital. mama plak slalu igtkan spy doa bebyk minta dipermudahkan bersalin.. slalu baca doa "Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minadzolimin" pesannya lg. insyaallah allah permudahkan katanya. kemudian mama suh minum air zamzam & mkn kismis.
sblm gi hospital, masa bersalaman dgn mama, tetiba rasa syahdu sgt.. mcm nk gi kemana je.. sedih rasa.. hubby tgk je aku smbil pujuk aku suh istighfar & doa bebyk, x tahula apsal sedih sesgt, mayb psl lama x rasa perasaan camni.
smpi hospital, bg surat refer doc klinik then diorg buat CTG; dengar degup jantung bb lebih kurang 20minit. pastu check VE, still 1.5cm bukaan rahim. then doc tanya ada kuar tanda apa2 x atau ada rasa sakit sgt ke.. aku jawab "blum ada lg, doc". then doc buat scan plak. check jantung bb, ukur lilit kepala, ukur tulang kaki & peha bb, ukur perut bb & last skali ukur byk mana air ketuban aku. doc ckp air ketuban aku 18.5. berat bb ikut scan dlm 3.4kg. then doc ckp aku discharge sbb dia kata bb sume normal xde masalah. siap tambah 9hari lg sbb doc kata dia xmo buat induce, biar bb lahir secara normal. aku dgn x puas hati tanya la doc.
aku: tp doc klinik suh induce sbb takut bb makin besar, nape xleh induce??
doc: sy dah check sume, bb awak x besar la skang br 3.4kg, normal weight. sy check air ketuban awak yg byk.
aku: yeke doc, so mmg xleh induce la ni.
doc: ye xpayah induce. sy tmbh lg 9hari, jika dlm masa 9hari ada tanda atau rasa sakit dtg terus hospital. jika hari ke9 masih xde rasa apa2, dtg terus hospital, then br kita induce.
aku: okla kalu camtu doc, terima kasih doc.
then aku gn hubby pun blk la umah. menanti kelahiran yg ntah blum pasti bila harinya.
khamis, 4hb Jun 2009:
pegi buat checkup kat klinik kita. sbb rasa x sedap hati. nk tahu perkembangan bb mcmana. dah 5 hari berlalu lepas wat checkup kat hospital sabtu lalu, namun masih blum ada tanda yg menandakan aku bakal melahirkan bb yg ku kandung ini. spt biasa urine mesti diambil. yg pasti doc nik khaliza pasti terkejut krn mesti dia ingatkan aku telah selamat melahirkan bb memandang kan dia telah mengeluarkan surat utk aku di induce. tiba no giliran ku dipanggil, seperti dijangka, doc nik terkejut dgn kedatangan ku.. dia kata
doc: sy igtkan awak dah bersalin dah, ni nape la x bersalin2 lg ni, bb syok kots dok dlm perut tu" ehehe smbil tersenyum..
doc nik plak rasa seram sbb kandungan ku dah masuk 41minggu 5hari.
doc: takutla sy tgk awak ni, kalu bb kuar besar camne?? napela doc hospital xmo buat induce".
aku: ntahla doc sy pun x tahula kenapa (sambil tunjuk surat result dr hospital ampang)
doc: xpela sy check awak dulu..
doc nik buat VE skali lg, masih 1.5cm jgk. heyy bila la aku nk bersalin ni. ayahmama dah nk gi umrah sabtu ni. tggl esok je b4 diorg berangkat ke tanah suci. hajat mama nk menjaga aku selama tempoh berpantang hanya tggl harapan. bb dlm perut ni masih xmo jgk kuar. lps blk dr checkup aku mmg berdoa agar aku dpt bersalin sblm ayahmama berangkat. harap2 allah makbulkan doaku.
jumaat, 5hb Jun 2009:aku terasa seperti hendak kencing. cepat2 aku masuk bilik air. nasib sempat. rupa2nya bkn kencing tp air ketuban aku dah pecah. nasib x basah tilam. byk jgk la air yg kuar. ada darah skit kuar. aku mula rasa sakit. then aku kejutkan hubby bangun. hubby terus bangun bila aku kata air ketuban dah pecah. hubby terus bersiap2 mandi.6.00pg: bekfas dulu, hubby kata kena mkn biar ada kekuatan masa nk bersalin nnt. aku xde selera tp aku mkn juga sekadar utk mengisi kekosongan perut, air milo & biskut + roti. then solat subuh dulu, doa minta segala dipermudahkan.6.30pg: smpi di hospital ampang. rasanya aku org pertama yg smpi pg begini utk check bersalin. doc buat CTG. VE dah bukak 2cm. scan doc ckp mmg air ketuban dah berkurangan. doc ckp awak akan bersalin dlm masa 24jam. so, msk wad dulu.7.30pg: masuk wad, tgk ada bekfas kat katil. rasa mmg lapar. tp bila tgk mknan tu nasi lemak. rasa xde selera plak. so cuba rehatkan diri. tp x selesa, sbb sakit tu kejap2 dtg. ada sorg misi ni dtg, ckp awak dah pecah ketuban kan, kalu rasa nk berak, cepat2 bgtau ye. sy rasa awak x lama ni. pastu dtg sorg doc cina lelaki, suh misi check tekanan darah, sejak dr pg td asal diorg check tekanan darah mesti diorg tanya "puan ada darah tggi ke??" uishhh aku pelik ni.. mana ada aku darah tggi. mayb aku rasa takut kots.. sbb tu darah aku naik tggi. pastu doc cina lelaki tu ckp "puan juz rilex ye, tenangkan diri, kita nk amik rekod tekanan darah puan ni..nnt bad rekod masalah nnt". so, aku sedaya upaya cuba tenangkn diri.. tarik nafas dlm2. then misi check, br misi ckp "erm dah br ok doc". then misi check kekerapan contraction. 1 in 10minit. tp rasa sakitnya aduhai mmg sakit banding haziq dulu. then misi suh aku tgk jam, kalu dlm 10minit lebih dr 2kali contraction, cepat2 pggl misi. aku hanya menganggukkan kepala. aku kejap2 rasa nk terkencing. rasa nk terberak tu ada jgk. tp x berani nk teran sbb takut la elok nk meneran lain plak yg kuar, naya je nnt.10.30pg: kiraan aku melebihi 3kali contraction dlm 10minit. mmg xleh tahan sgt sakitnya. rasa nk terberak tu amat dirasai. aku terus tekan button pggl misi. terus misi dtg. check contraction. mmg kerap. then check VE dah pun 5cm. misi tanya ada rasa nk berak x?? mmg ada rasa tp x berani nk teran. so misi masuk ubat sabun kat punggung, then suh gi toilet berak tp jgn lama2 katanya. siap ada sorg misi temankan aku gi toilet. nk kata kejap xdela kejap sgt pun dlm toilet, smpi aku kena pggl la gn misi yg temankan aku tu "puan jgn lelama dlm tu". erm terus aku kuar toilet lps tu. blk kat katil tgk hubby dah ada dok kemas brg nk gi dewan bersalin. 10.50pg: aku ditolak dgn kerusi roda ke labour room, mesin pun dipasang. drip air pun dimasukkan. segala persiapan disediakan. aku betol2 x tahan rasa mcm nk terberak sgt. terus aku jerit "doc sy rasa mcm nk kuar dah ni". hubby pun dipggl masuk. hubby dah ada disisiku. tanganku digenggam erat oleh hubby ketika itu. mmg hubby byk bg support. tiap kali disuruh meneran, hubby la org yg byk bg dorongan. tq hubby, tanpamu aku tidak sekuat ini. aku mengumpul sepenuh tenaga utk mengeluarkan bb ni. rasanya makin ramai yg masuk ke bilik labour room dimana aku ditempatkn. aku hilangkan rasa malu, yg penting aku mesti kuat utk melahirkan bb ni. dgn sepenuh kudratku, ntah berapa kali teran akhirnya aku berjaya melahirkan bayi lelaki tepat jam 11.35pagi. hilang segala sakit tp pedihnya masih kurasai. tidak semudah abgnya dahulu. masa bb ditarik keluar, aku tidak dengar tangisan dr anakku. masa misi bwk keluar bb baru terdgr suaranya itupun perlahan sahaja. misi pun mula mengeluarkan uri & mula menjahit pintu rahimku. disebabkan bb ku besar misi terpaksa mengunting juga pintu rahim ku bg membantu memudahkan kelahirkan bb ku. tp skit aje kata misi. alhamdulillah akhirnya selesai segala yg ku tunggu selama lebih 9bln ni.
sementara menunggu utk ditempatkan kembali ke wad, mknan tghari pun sampi. tp aku tidak punya selera utk mkn. terasa lemah tubuhku, tekak terasa kering dek kerana byk tenaga digunakan semasa melahirkan bb ku td. lps doc dtg check jahitan, misi pun bg secawan air milo. uhh lega rasanya bila dpt minum. misi kata anakku terpaksa ditempatkan di NICU utk bantuan pernafasan sbb masa deliver td bb x menangis & x kuat nangis mcm bb yg lain. "Ya Allah selamatkanlah anakku, sihatkan la ia dr segala penyakit". itu aja doa yg terungkap ketika itu. kemudian aku ditolak dgn kerusi roda di wad perseorangan iaitu wad pengasingan.
sementara menunggu hubby blk dr solat jumaat, aku tinggal keseorangan di wad pengasingan. terasa mcm kosong jiwa ku. aku belum lg melihat wajah anakku. malah anakku blum lg diazankan krn lepas deliver anakku terus ditempatkan di NICU. aku hanya tahu jantina anakku sahaja. wajahnya, berat & panjang sume aku x tahu. setelah hubby ku smpi, hubby terus ke NICU utk mengazankan anakku. kata hubby anakku mmg besar & putih kalu dibandingkn dgn bb yg ada bersebelahan dgnnya. kata hubby anakku beratnya 3.67kg dan panjang 53cm. aku hanya membayangkan sahaja. sbb aku belum lg dpt menjenguk bb ku lg di NICU.
:. P/s .:
skang bb irfansyah dah semakin sihat & tenbam.. alhamdulillah..
taraaa..... nila buah hatiku yg baru..
irfansyah bin zulkifli diberi nama yang bermaksud bijaksana/kesyukuran.
harap dengan nama dan maksud yg baik, anak ummi & papa akan jd anak yg soleh, hormat pd org tua, bijak pandai dan berjaya dunia & akhirat, sentiasa bersyukur dalam mencari keredhaan allah. aminn...
alhamdullillah akhirnya selamat jgk aku melahirkan bb yg ku kandung selama 40minggu 6hari dipagi jumaat yg mulia & penuh berkat ni... aminnn.. terima kasih kepada semua yg mendoakan iewa sepanjang tempoh kelahiran bayi ni.
tarikh bersalin : jumaat, 5/6/2009
simptom bersalin : pecah ketuban + darah (jam 5.30pg)
waktu bersalin : 11.35pg
tempat bersalin : hospital ampang, selangor
jantina bayi : lelaki
berat bayi : 3.67kg
panjang bayi : 53cm
************************************************************************************
bb masuk wad ICU : jumaat, 5/6/2009 - isnin, 8/6/2009
masalah bb selepas lahir : menangis x kuat & paru2 berkuman (overdue)
rawatan yg diperlukan : bantuan pernafasan + antibiotik
************************************************************************************
now bb dah semakin sihat, bb x byk meragam... hanya minum sepenuhnya susu badan... harap diberi kesihatan yg sihat berpanjangan & dipermudahkan utk mendidik & membesarkannya... aminnn...
:. P/s .:
gambar bb nnt iewa update di entry yg lain.. sabar ekk..
(petikan diambil dr http://www.hamidarshat.com/)- Surah Maryam
- Surah Yassin
- Surah Yusof
- Surah Luqman
- Surah Al-Hasyr: Ayat 3
- Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
- Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
- Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pd perut > minum)
- Surah Az-Zariyat
Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.
"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)- Ayatul Kursi
- Surah Al-A'raf: Ayat 54
- Surah Al-Anbiya': Ayat 87
Ayat ini juga elok dibaca oleh bakal ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat membantu bagi memudahkan bersalin.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun".
:. P/s .:












