:.salamesrabadie selamanya.:

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...


(petikan diambil dr http://www.hamidarshat.com/)

Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran antaranya ialah:
  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pd perut > minum)
  • Surah Az-Zariyat

Dan ini antara doa yang patut dibaca oleh bakal ibu utk memudahkan proses bersalin. kalu bole dikerapkan bacaannya. kita hanya mampu bertawakal dan memohon pada Allah. moga2 Allah memperkenankan doa kita.

"Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)

"Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba2nya". (Surah Ghafir: ayat 44)

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah:
  • Ayatul Kursi
  • Surah Al-A'raf: Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87

Ayat ini juga elok dibaca oleh bakal ibu sebagai persediaan utk melahirkan bayi dan moga dapat membantu bagi memudahkan bersalin.

Wallahu akhrajakum mimbutuni ummahatikum la ta'lamu nasyaiaa.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun".


:. P/s .:
moga ianya berguna dan menjadi amalan serta dpt membantu ibu2 yg bakal melahirkan. alhamdulillah inilah amalanku sepanjang tempoh mengandung.

Utk peringatan bersama. petikan diambil dari kiriman email. harap ianya berguna & menjadi ingatan utk diri kita, kawan2 serta ahli keluarga.

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies... and setakat nie semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie... bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin.. a separate hadas besar... reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci... Sampaikan pada kawan2 yang lain... yang mungkin tak perasan... thanks.

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la tak tahu sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take forgranted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

:: Perkara Wajib Mandi Hadas Besar ::

Bagi lelaki 2 perkara:

  1. keluar air mani
  2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan 4 perkara:
  1. Haid
  2. Wiladah (melahirkan anak)
  3. Nifas
  4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.

:: Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi ::
  • Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar)
  • Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".
Saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, sebabnya takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran... katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara pompuan yang lain... InsyaAllah.

sekadar info utk dikongsi bersama. sesuai utk ibu2 yang bakal melahirkan bayi. antara persediaan yang perlu disiapkan sebelum melangkah ke hospital adalah seperti berikut:

:: Senarai keperluan bayi ::
  • 6 keping baby diapers/pampers
  • 4 pasang baju bayi
  • 1 paket baby wipes/wet tissue
  • 1 helai tuala mandi bayi
  • 4 pasang stokin & sarung tangan bayi
  • 4 helai barut bayi
  • 1 set peralatan mandian bayi (baby bath, syampoo, losyen, bedak)
  • 3 helai selimut/bedung bayi
  • 1 botol minyak telon
  • 1 helai topi

antara baby stuff''s yang telahpun ku sediakan utk dibawa ke hospital nnt..

:: Senarai keperluan isteri/ibu ::

  • telefon bimbit
  • 1 pek maternity pad
  • 5 helai baju/blouse
  • 2 pasang stokin tebal
  • 3 helai kain batik
  • 5 helai seluar dalam/maternity bra
  • 4pcs breast pad
  • 2 helai tudung/skaf/ki
  • 1 helai tuala mandi
  • 1 set peralatan mandian (berus gigi, sabun, syampoo, ubat gigi, sikat)
  • 1 pasang selipar
  • 1 helai baju sejuk
  • 1 beg plastik (utk baju kotor)
  • 1 termos air panas + makanan/minuman (air masak/milo/susu/horlick/buah kurma/biskut/roti)
  • 1 botol air zam zam
  • 1 botol air/minyak selusuh
  • 1 botol minyak angin
  • kamera digital
  • bahan bacaan/magazine

:: Senarai keperluan yang perlu dibawa oleh suami/bapa ::

  • kad lawatan klinik/hospital/buku merah
  • kad pengenalan isteri/suami
  • GL (bg yg bekerja government)
  • surat rujukan doktor (bg yg bekerja swasta)
  • surat nikah
  • duit

senarai info di atas diambil dari http://www.mypermatahati.com/

:. P/s .:

semua senarai tersebut sebaik2nya disediakan seawal kandungan 7bln ke atas dan hendaklah disimpan didalam kereta ataupun dirumah sebagai persediaan untuk ke hospital.. bila tiba masanya nnt, cuma tinggal nk angkut & bawa je ke hospital.

arini genap 39minggu 2hari kandungan ku. namun blum ada apa2 petanda yg menunjukkan aku bakal melahirkan bayi ke-2 ni. pg ni aku ke klinik lg utk mengambil mc & checkup dgn doc nik haliza. seperti biasa urine test mesti dibuat. dan aku meminta agar doc membuat scan utk aku mengetahui perkembangan bayi dlm kandungan ku.

scan menunjukkan bayiku sihat, jantungnya berdegup normal. tp doc kata bayi aku besar. ohhh no! no! no! seram sejuk aku mendengarnya.. inila paling aku takuti. kepala bb masih di takuk yg sama spt sblm2 ini. bb ku mmg sgt aktif, dan aku sentiasa merasa ketegangan di perutku. tp doc ckp "mmg awak rasa, tp apsal la x bersalin2 lg ni. sy tgk kaki awak mmg dah sembab sgt ni". aku hanya mampu berkata "sy pun x tahu la doc, bilalah bb ni nk kuar". ehehe....

inilah keadaan kakiku yg sembab...

masa scan tu, doc pun kira ukur lilit kepala bb, perut bb, tulang peha bb & kematangan uri. uri telahpun menunjukkan kematangannya, tp nape la aku x jugak bersalin2 ni.. ya allah risaunya aku. "ya allah kau permudahkan lah segala urusanku untuk melahirkan bayi ini". kemudian aku tanya pd doc berapa berat bb skang?? scan menunjukkan 4kg.. ya allah biar btol??? owh tidak!! doc pun terkejut.. siap ckp "heyy sy pun x caya ni, x mungkin la bb awak besar camtu". aku ni lagila bila doc ckp camtu seriau dah jantung aku dibuatnya. terbayang la mcm mana keadaan aku ketika bersalin nnt sekiranya benar berat bb sedemikian rupa. doc check skali lg, adakah benar berat bb ku 4kg??? mak aiii besar btol anak ummi yg ke-2 ni.. berat aku masih maintain je xde plak naik. camnela bole besar bb aku kali ni..

rupa2nya setting pd scan silap. setelah di ulang semula scan, br la doc mengesahkan bahawa berat bb ku antara 3.3kg - 3.5kg. aku tetap seriiiiau mendengarnya. mana idaknya, jauh beza gn abgnya haziq. 2.5kg je abg haziq lahir dulu. lps scan doc ckp sekiranya aku hingga hari khamis ni masih blum jugak bersalin, maka hari jumaat ni doc akan kuarkan surat masuk hospital utk induce kerana risaukan keadaan aku dan bayi yg makin membesar. ya allah.. takutnya aku!! "wahai anak ummi sayang.. cepat la kuar, jgn la buat ummi risau & takut mcmni, bantula ummi, permudahkanlah proses kelahiranmu, ya allah!". moga2 allah perkenankan doa ummi ni. kalu diikutkan due, aku bakal melahirkan bayi ni pd hari sabtu 30hb. Mei ni. tp memandangkn tumbesaran bayiku yg sihat membesar, doc bg tempoh smpi khamis ni je. jumaat terus induce jika masih x bersalin jgk.

ni gambar terbaru lps balik dr klinik td. perut mmg terselahlah besaunya. bak kata kenkawan & sedaramara yg melihatnya, seolah2 kandungan ni anak kembar plak. bg aku biasa je besarnya sbb haziq dulu pun rasanya besar lebih kurang mcm ni jgk. kembar air org kata. smpi melimpah2 la air ketuban bila dipecahkan. kali ni x tahu la plak mcmana. huhu..

gambar terbaru! menunjukkan perutku yg semakin membesar..

:. P/s .:

harap2 dpt la bersalin normal jgk kali ni. doakan ye!

heyy ape kena la ngan anak bujang aku yg sorg ni.. smlm lps pegi gunting rambut dgn papanya. dia merengek2 nk kan jam Ben10.. beriya benar dia merayu kat papa dia. selagi x dpt tu, selagi tu la dia merengek2..

pelik nyer aku.. haziq padahal x pernah langsung tgk citer Ben10 tu. mana la dia tgk jam tu aku pun x tahu.. sejak akhir2 ni kemanjaannya terselah.. kenkadang naik gerammm aku dibuatnya. dek perangai mengada2 dia tu. mungkin dia berperangai gitu sbb nk dpt adik kot.. papanya la yg slalu kata gitu. erm layan kan jealahh.. huhuhu..

oleh kerana papa dah x tahan dgr haziq merengek2 nk jgk jam Ben10 tu.. turutkan jgkla kehendak anak bujang sorg dia tu. ape lagi senyum smpi ke telinga la haziq setelah dpt jam Ben10 tu. rupanya jam Ben10 tu bkn jam biasa, jam Ben10 ni bole tembak2 plak.. hurmm.. memacam la mainan bdk skang ni kan. nasib la awak sorg je anak papa gn ummi.. blum yg sorg lg kuar ni.. kalu x mahu berebut diorg ni..


aksi haziq setelah kehendaknya dituruti.. senyum manjang awak ye!!

ni la dia jam Ben10 tu.. besar jam dr tangan org yg memakainya.. yuhuuu..

sejak semalam aku dah mula bercuti. bercuti menghitung hari kelahiran bayiku yang ke-2.. x larat rasanya nk ke pejabat. di pejabat mmg aku seronok nk bekerja tp nk ke pejabat tu yg aku x larat tu. sbbnya aku dah x larat nk drive, memandangkan perut ku dah semakin membesar hingga stering kereta pun mencecah perutku. kaki plak sembab, plak lagi keretaku manual, ada ketika tu bila jln yg terpaksa aku tempuh jem plak.. dgn kaki2 ku jgk seakan kejang gitu.. nasib x teruk, masih bole dikawal. so, sblm berlaku perkara2 yg tidak diingini.. hubby ku dah berkali2 berpesan supaya mengambil cuti awal sblm bersalin. memandangkan pejabat aku tiada peruntukan cuti sblm bersalin, maka aku pun terpaksala mengambil mc dr klinik. plak tu klinik tmpt aku buat checkup ni x bole bg mc panjang... aku terpaksa jugala tiap 2hari ke klinik semata2 utk mengambil surat mc selagi aku belum bersalin. heyy x sabar menanti kelahiran bayi ke-2 ni. moga allah mempermudahkan segala urusanku sewaktu bersalin nnt. doakan agar semua berjalan lancar, selamat & sihat hendaknya. Aminnnn......

alamakkk!! camne ni? doc ckp kencing aku dijangkiti kuman.. atau nama lain kencing kotor. risau nyer la aku. doc ckp mayb aku kurang minum air. hah! kurang minum air.. owh tidak sama skali, aku rasa aku byk skali minum air, kalu psl gi toilet utk buang air, rasanya mmg kerap dah aku ke toilet. adakah disebabkan urine test tu dibuat slps aku mkn?? pg td aku mkn nasi lemak tp lps mkn tu aku minum skit je la air sbb aku mmg lps mkn x minum air, lama skit pastu br aku minum byk2 air.. apa lg hubby aku bising la, dia risaukan aku.. sbb tu agaknya bhgian ari2 slalu aje sakit.. erm ntahla, b4 ni preggy x pernah plak camni jdnyer.. so, doc bg ubat lawas kencing, katanya biar aku kencing byk2.. ehehe tp aku x mkn pun ubat tu?? mmg aku akui, aku adalah jenis org yg x consistant mkn ubat, kecuali terpaksa samada sakit yg tidak boleh ditahan.. hahhaha.. x suka bergantung pd ubat sebenarnya.. selagi bole tahan sakit, akan ku pertahankan..

so, apa yg patut aku buat ye selain minum air byk2?? mama aku kata kalu wat pemeriksaan kat klinik kerajaan lama dah kena tahan wad, sbb this week aku dah 38 minggu.. so, mmg bila2 masa je bole bersalin.. mama ckp jgk, suh beli biji barli, rebus air then minum.. btol ke ye???

:. P/s .:
ada sesiapa pernah mengalami symptom sedemikian? apa saranan yg perlu aku buat selain bergantung pd ubat.. pllllzzz help me!!!

aduhai letihnya rasa sejak kebelakangan ni.. x larat rasanya, nk cuti tp keje byk kat opis. time relax mmg mati kutu dibuatnya, tp bila dtg satu keje.. mak aii rasa nk pengsan tgk. lelagi time tender kuar. aku la org yg akan dicari utk menaip softcopy bg "schedule of prices". ape nk buat dah nasib badan kan. bila dah mula menaip tu, mulala aku x senang duduk. maklumla skang kandungan aku dah pun msk 37 minggu. kaki ni makin lama makin sembab, kadang tu pijak tanah pun xrasa, bak kata adik aku mcm kaki giant la.. sabar je la kan. aperpun hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja sblm maternity leave. x larat dah la nk drive gi keje, perut pun dah cecah stering, kaki plak sembab.. kadang tu krem dibuatnya. dahla kereta ku manual, alamak hai sesak nafas bila time jem tu. lagipun hubby aku risau dah, x bg dah gi keje katanya tgk aku cian, disuruhnya amik cuti awal... atleast dok umah xdela dia risau sgt, maklumla aku tggl dgn family kan. ada gak org nk tlg tgkkan kot ada emergency kan.

ikutkan hari ni doc bg aku mc, tp aku xmo amik mc..baek kan aku ehehe.. bkn ape aku nk siapkan keje aku yg mana skit je lagi nk siap tu. aku xnk org ckp belakang bila aku cuti nnt, amik cuti tp keje byk tertangguh. bkn kejap kan cuti maternity leave ni, lelagi keje tu melibatkan tender. aku xmo opismate yg lain kelam kabut bila aku xde nnt. dan aku bersyukur sbb rasanya sepanjang aku bercuti ni ada 3 dokumen tender yg perlu disiapkan. fuhh! selamat aku, ehehe terlepas dr nk kena stay back menyiapkan tender. huh bkn ape, mmg x larat bila wat tender ni sbb nya keje nk menyiapkannya dah la last minute, remeh & byk benda kena buat.. yg letihnya nk tggu feedback dr supplier b4 nk proposed apa² equipment dlm tender. hanya org yg pernah bersama² menyiapkan tender ni je la tahu betapa letihnya buat tender ni.

semalam aku ada appointment gn doc, skang dah every week kena checkup. smpi klinik mmg ramai btol org. lama jgk la menunggu. masa smpi tu br no.8, aku plak dpt no.18. lama gak nk tggu tu, nasibla ada 2 doc. so, cepat la skit. bila tiba no. aku dipanggil tetiba ada sorg patient ni x puas hati gn doc sbb katanya dia dah lama tggu, tp nape no aku yg dipanggil dulu. aduhai serba salah plak aku, dia siap ckp dia dah x tahan sakit ni psl lama menunggu. tp doc tetap suh aku msk dulu, lps check aku br doc pggl dia. dlm bilik doc tu aku dengar nurse tu ckp gn doc yg patient td tu dah dipanggil pun, byk kali dah dipanggil. tp dah dia xde dtg, ingat dah balik. rupa²nya patient td tu ntah mana peginya td, tu td tu br dtg blk klinik, smpi² klinik tgk agaknya no. dia dah terlepas.. tuh yg agaknya cr pasal tu.. mcm ni punya org pun ada kan. smlm doc hanya check kedudukan bb, alhamdulillah kepala bb dah msk dipintu rahim.. patutla aku slalu rasa sakit kat bahagian ari² ni.. psl contraction mmg hari² ada tp x kerap sgt.. doc igt nk check bukaan pintu rahim, tp x buat pun.. mayb doc rase blum masanya lg. cuma doc byk kali tanya ada kuar x tanda² nk bersalin?? aku jawab blum lg doc. tp doc ckp kaki aku mmg dah bengkak sgt ni. smpi doc ckp kalu blum smpi masa nx week jumpa saya lg ye.. tp smlm mmg aku minta mc psl anakku haziq demam. bole tahan panas jgk la bdn dia, cian plak tgk.. ni gara² ikut papa dia gi beli brg kat tesco smlm la ni.. blk hujan lebat, tuh yg demam tu.. tuh yg x kasi dia pegi sekolah pg semalam, nk jaga dia kat umah. biasala bdk² bile demam ni manja skit.

so, lps wat pemeriksaan aku pun balik umah. smpi umah apa lg mata pun ngantuk, bdn pun mmg x berapa selesa psl sejak akhir² ni tido x lena, asyik terjaga je. so, mmg semalam rehat sepuas²nya sambil jaga haziq. alhamdulillah haziq dah semakin sihat & pagi ni dia bole ke sekolah.

arini ada appointment ngan doc kat klinik kita, pandan jaya. skang 2 minggu skali kena wat checkup. sampai je klinik dlm kul 8.50pg gitu, tgk clear je xde patient lain. so masa kat reception tu, tggu diorg bg no. ngan botol urine. so terus gi toilet utk sample urine, kuar toilet terus no kena panggil. alhamdulillah x la lama nk tggu.

masuk je bilik doc, doc mcm biasala tanya sihat ke idak, bb byk gerak, check tekanan darah, berat badan sumela. aku mmg suka sgt check up ngan doc nik khaliza ni, soft spoken je doc ni.. very friendly. dr awal pregnant smpi skang ni mmg ngan doc nik khaliza je la. mmg suka la ngadu ngan dia. mmg sejak akhir² ni aku dah mula rasa contraction, sakit pinggang dan lebih² lagi kat bahagian ari² ni. doc ckp xkan awak nk bersalin dah kots.. ehehe.. ikut rasa mmg rasa mcm nk beranak je dah ni. tp ikut EDD 30/5 ada la lg 3 weeks lagi.. lama lagi tu kan.. erm ntahla, mmg doa² biarla dipermudahkan dan dipercepatkan bersalin kali ni. bila doc suh baring nk check perut & jantung bb. asal doc nk dgr degup jantung bb, bb tendang stethoscope doc tu.. ehehe.. doc ckp kejap bb nk dgr je.. 3 kali nk check, 3 kali jgk la dia tendang blk stethoscope tu.. last² aku tanya doc, x buat scan ke doc ari ni.. pdhal br 2mggu lps scan. aku saje je tanya, last² doc scan jgk ekeke.. x smpi hati nk hampakan harapkan ummi dia ni.. hahhaha..

bb mmg very active, now berat bb dah 3.075kg.. wah berat dr abg haziq ni. abg haziq dulu deliver tecik je, br 2.5kg.. aku dah mula rasa takut ni. jantung bb normal. kepala mmg dah kebawah tp masih terapung lg bak kata doc. doc ckp aku rasa sakit kat bahagian ari² tu psl bb tgh cari jln keluar, mcm main acah² gitu.. ada² je la doc ni punya ayat ehehe... doc ckp psl awak nyer 1st bb dulu dah 4thn gap. mayb bb kena cr jln kuar mcm 1st dulu jgk. sbb check kencing sume ok & normal. doc kata mayb ada potensi deliver awal, cuma berjaga² la dlm 2 mggu ni kata doc. so pasni aku kena wat checkup every week. brg utk ke hospital pun x packing lg, tp brg sume mmg dah prepare & basuh sume. tggl nk packing msk beg je. aritu dah kena marah ngan mama psl x packing lg brg. sbb now every night aku mesti rasa contraction & sakit kat bahagian ari2 tu. mama kata tgk perut ni, mmg dah turun je nmpknya. kaki ni toksah ckp la. mmg sembab mcm kaki org tembun tu ekeke.. mama bkn ape risau takut rasa sakit nk terberanak abis brg sume x pack lg. x ke kelam kabut nnt.

:. P/s .:
Doakan yang terbaik ye kenkawan, mudah²an dipermudahkan sumenya selamat & sihat hendaknya.

Blog Widget by LinkWithin