:.salamesrabadie selamanya.:

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...

arini genap 39minggu 2hari kandungan ku. namun blum ada apa2 petanda yg menunjukkan aku bakal melahirkan bayi ke-2 ni. pg ni aku ke klinik lg utk mengambil mc & checkup dgn doc nik haliza. seperti biasa urine test mesti dibuat. dan aku meminta agar doc membuat scan utk aku mengetahui perkembangan bayi dlm kandungan ku.

scan menunjukkan bayiku sihat, jantungnya berdegup normal. tp doc kata bayi aku besar. ohhh no! no! no! seram sejuk aku mendengarnya.. inila paling aku takuti. kepala bb masih di takuk yg sama spt sblm2 ini. bb ku mmg sgt aktif, dan aku sentiasa merasa ketegangan di perutku. tp doc ckp "mmg awak rasa, tp apsal la x bersalin2 lg ni. sy tgk kaki awak mmg dah sembab sgt ni". aku hanya mampu berkata "sy pun x tahu la doc, bilalah bb ni nk kuar". ehehe....

inilah keadaan kakiku yg sembab...

masa scan tu, doc pun kira ukur lilit kepala bb, perut bb, tulang peha bb & kematangan uri. uri telahpun menunjukkan kematangannya, tp nape la aku x jugak bersalin2 ni.. ya allah risaunya aku. "ya allah kau permudahkan lah segala urusanku untuk melahirkan bayi ini". kemudian aku tanya pd doc berapa berat bb skang?? scan menunjukkan 4kg.. ya allah biar btol??? owh tidak!! doc pun terkejut.. siap ckp "heyy sy pun x caya ni, x mungkin la bb awak besar camtu". aku ni lagila bila doc ckp camtu seriau dah jantung aku dibuatnya. terbayang la mcm mana keadaan aku ketika bersalin nnt sekiranya benar berat bb sedemikian rupa. doc check skali lg, adakah benar berat bb ku 4kg??? mak aiii besar btol anak ummi yg ke-2 ni.. berat aku masih maintain je xde plak naik. camnela bole besar bb aku kali ni..

rupa2nya setting pd scan silap. setelah di ulang semula scan, br la doc mengesahkan bahawa berat bb ku antara 3.3kg - 3.5kg. aku tetap seriiiiau mendengarnya. mana idaknya, jauh beza gn abgnya haziq. 2.5kg je abg haziq lahir dulu. lps scan doc ckp sekiranya aku hingga hari khamis ni masih blum jugak bersalin, maka hari jumaat ni doc akan kuarkan surat masuk hospital utk induce kerana risaukan keadaan aku dan bayi yg makin membesar. ya allah.. takutnya aku!! "wahai anak ummi sayang.. cepat la kuar, jgn la buat ummi risau & takut mcmni, bantula ummi, permudahkanlah proses kelahiranmu, ya allah!". moga2 allah perkenankan doa ummi ni. kalu diikutkan due, aku bakal melahirkan bayi ni pd hari sabtu 30hb. Mei ni. tp memandangkn tumbesaran bayiku yg sihat membesar, doc bg tempoh smpi khamis ni je. jumaat terus induce jika masih x bersalin jgk.

ni gambar terbaru lps balik dr klinik td. perut mmg terselahlah besaunya. bak kata kenkawan & sedaramara yg melihatnya, seolah2 kandungan ni anak kembar plak. bg aku biasa je besarnya sbb haziq dulu pun rasanya besar lebih kurang mcm ni jgk. kembar air org kata. smpi melimpah2 la air ketuban bila dipecahkan. kali ni x tahu la plak mcmana. huhu..

gambar terbaru! menunjukkan perutku yg semakin membesar..

:. P/s .:

harap2 dpt la bersalin normal jgk kali ni. doakan ye!

alamakkk!! camne ni? doc ckp kencing aku dijangkiti kuman.. atau nama lain kencing kotor. risau nyer la aku. doc ckp mayb aku kurang minum air. hah! kurang minum air.. owh tidak sama skali, aku rasa aku byk skali minum air, kalu psl gi toilet utk buang air, rasanya mmg kerap dah aku ke toilet. adakah disebabkan urine test tu dibuat slps aku mkn?? pg td aku mkn nasi lemak tp lps mkn tu aku minum skit je la air sbb aku mmg lps mkn x minum air, lama skit pastu br aku minum byk2 air.. apa lg hubby aku bising la, dia risaukan aku.. sbb tu agaknya bhgian ari2 slalu aje sakit.. erm ntahla, b4 ni preggy x pernah plak camni jdnyer.. so, doc bg ubat lawas kencing, katanya biar aku kencing byk2.. ehehe tp aku x mkn pun ubat tu?? mmg aku akui, aku adalah jenis org yg x consistant mkn ubat, kecuali terpaksa samada sakit yg tidak boleh ditahan.. hahhaha.. x suka bergantung pd ubat sebenarnya.. selagi bole tahan sakit, akan ku pertahankan..

so, apa yg patut aku buat ye selain minum air byk2?? mama aku kata kalu wat pemeriksaan kat klinik kerajaan lama dah kena tahan wad, sbb this week aku dah 38 minggu.. so, mmg bila2 masa je bole bersalin.. mama ckp jgk, suh beli biji barli, rebus air then minum.. btol ke ye???

:. P/s .:
ada sesiapa pernah mengalami symptom sedemikian? apa saranan yg perlu aku buat selain bergantung pd ubat.. pllllzzz help me!!!

Blog Widget by LinkWithin