:.salamesrabadie selamanya.:

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...

lama betul x berupdate blog ni kan..
ni nk citer psl peristiwa bersejarah masa musim cuti sekolah yg lalu.

pada
1 muharam 1431H, masa Maal Hijrah yg lalu.. haziq telah selamat dikhatankan di Klinik Kita, Pandan Jaya. alhamdulillah, dah bujang anak ummi ni.. seramai 20 org yg berdaftar utk memeriahkan majlis berkhatan ni.. tp yg nyatanya haziq adalah peserta yg paling kecil, umurnya baru menjangkau 4tahun 7bulan 28hari telah bersedia & rela untuk dikhatankan. SYABAS ANAK UMMI!! ummi bangga dengan keberanian haziq!! sayang dier muahhhss.

kisah disebalik kesanggupan haziq berkhatan ni adalah disebabkan keinginan untuk memiliki PSP itew. heyyy bdk sekarang ni, semuanya advance.


haziq: papa, bile nk beli PSP ni, haziq suka! (tiap kali pegi tesco ampang tu, mesti ni la soklan dia)
papa: ok papa bole beli, tp haziq kena janji kena sunat dulu baru papa belikan untuk haziq.
haziq: ok, sunat tu sakit tak papa?
papa: tak sakitla, rasa mcm kena gigit semut je.. (nk pujuk haziq la kononnyer)
haziq: yeke papa, tak sakit yer, kalu camtu haziq nk sunatla, pastu nnt papa belikan haziq PSP yeh!
papa: ok nnt papa belikan, betul ke ni haziq nk sunat??
haziq: yerla papa, papa kata kalu haziq sunat papa belikan PSP kan.. hah haziq suka!!


begitula diorg anak beranak, tanpa tunggu lama papa dia pun gi tanya klinik, kebetulan mmg ada 1 kekosongan tempat je lagi utk majlis berkhatan beramai² masa maal hijrah nanti. aper lagi tanpa berpikir panjang, papa pun booking tempat utk haziq & bayar deposit skali. tp bile balik rumah seminggu b4 majlis itu, papa mula rasa serba salah sebab pikir haziq tgh lasak, mmg x reti dok diam, berlari sana, lompat sini, usik sana, kacau sini.. memacam la ada je la keje dia buat.. pendek kata mmg aktif la.. kecian plak kalu dia sunat nnt mesti sakit, xleh gerak banyak.. boleh ke dia?? dah la kecik.. aduhaii memacam pk, aku pun dah mula risau.. hubby sampai rasa nk cancel pun ada.. rasa mcm kejam pun ada jgk.. bermacam² perasaan la yg dtg.. tp kitorg cuba tetapkn hati, tawakal je la, moga haziq diberi kekuatan, bersemangat & x byk ragam bila tiba masanya nnt.. jom tgk haziq berkhatan!!






alhamdulillah semuanya berjalan lancar, haziq hanya nangis sekejap je masa kat klinik. kitorg memilih cara berkhatan secara laser kerana penjagaannya lebih mudah & cepat sembuh. sepanjang tempoh bersunat, haziq hanya berpantang mkn telur, ayam & makanan yg bole menyebabkn gatal² & bengkak. hanya 3 hari shj agak heavy penjagaannya & haziq mahu pakai kain. bila masuk hari ke-4, mmg dah bole pakai seluar sepenuhnya. psl keaktifan & kelasakan haziq sepanjang bersunat, sama je rasanya.. nk kata mcm org sihat tak bersunat pun bole jgk la.. tp dia agak berjaga² bila bergerak psl takut sakit. aperpun ummi & papa bangga punya anak seperti kamu!! Cayunk HAZIQ!!

moga haziq menjadi anak yg soleh, yg sentiasa mengingati, menghormati & mendoakan ibubapa nya, jd anak yg cerdik & berjaya dunia akhirat, sentiasa diberi kesihatan yg baik berpanjangan serta dilindungi & mendapat keredhaan Allah. Aminnn...

:: p/s ::
pd yg dah ada perancangan utk anak² berkhatan, umur paling sesuai utk berkhatan ialah 6-10thn. tp terpulang la, kita hanya mampu membuat perancangan, hanya Allah penentu segalanya. ratanya berpendapat seeloknya dikhatankan seawal 1hari selepas kelahiran. Aperpun sgt seronok dgn pengalaman yg dah kami lalui dan akan dijadikan kenangan selamanya.


1 comments:

Assalamualaikum..nk tanya brp kos berkhatan secara laser ye..ank sy pun berusia 4 tahun..takut dia meronta2 je

Blog Widget by LinkWithin